Disclaimer
![]() Tagboard
‚ô¶ No email,just your BLOG URL (!)
![]() ‚òë Don't use HARSH word ‚òë Don not ripping here ! ‚òë Childish act ???? Go to frog (!!) ‚òë Do not steal my art ! ‚òë No rude word !
here your chatting box / shoutbox / ....
suitable with: (width 250px) and (height 320px)
Credits
| Perkara-Perkara Yang Ingin Dilupakan di Zaman Persekolahan
assalamualaikumto gugurl and boboy Perkara-Perkara Yang Ingin Dilupakan di Zaman Persekolahan hohohohoho 1) Kena bangun pagi Rumah aku dengan sekolah taklah jauh sangat sebenarnya. Tapi masih perlu naik kereta kalau tak pasti basah baju sekolah berpeluh. Sekolah start pukul 7.30 pagi tapi still kene bangun pukul 5.30 pagi agar aku sempat berak di rumah tak rela you nak berak di tandas sekolah (point ini akan dihuraikan kemudian). Malam tadi dahla tidur lambat main Championship Manager ahhh tak cukup tidur. By 7 kau mesti sudah gerak kalau tak kau akan tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Kita dah nampak dah pun bangunan sekolah, lepas tu tiba-tiba terdengar bunyi loceng pulak. Pengawas dah tunggu kat depan pintu pagar. Kalau hari tu hari Isnin, secara automatik aku kena berdiri di hadapan perhimpunan untuk dijadikan contoh pelajar yang tidak patut dicontohi. Aib aku di hadapan gadis-gadis walaupun aku tidak ada perasaan terhadap gadis-gadis masa sekolah rendah. Itu tidak bermakna yang aku ni gay. 2) Harus menghadapi budak-budak sekolah anak orang kaya Semasa di sekolah rendah, satu-satunya perkara yang membuat anda dipandang kool adalah kotak pensel anda. Anda akan menjadi lebih popular dan mendapat ramai kawan jika kotak pensel anda tu ala-ala Transformers, ada banyak butang untuk ditekan bagi mengubah bentuk kotak pensel ada. Tekan satu butang keluar compartment rahsia. Tekan lagi satu butang boleh keluar sharpener. Tekan lagi satu butang siap boleh keluarkan kata-kata semangat mengikut pilihan bahasa lagi. Tapi aku mana mampu nak beli benda pensel box macam tu, mahal. Minta mama pun mama suruh kita dapat no 1 satu dalam periksa dulu baru boleh belikan. Sudahnya sampai ke sekolah menengah pakai kotak pensel feminin yang ada zip tuh. Kat sekolah menengah lain cerita pula. Peer pressure mula menyerang. Dah besar parents bagi duit suruh beli baju dan seluar sendiri. Siapa tak pakai seluar tempah memang kena pulau. Duit tak cukup nak tempah seluar. Kau tak cukup kool kalau kaki seluar bawah kau kurang daripada 20 inci. Kau tak cukup kool kalau tiada poket 'Batman', 'Marlboro' ataupun 'Masjid'. Kau tak cukup kool kalau tiada jenama Cantona 7, Zero One ataupun Fujitsu di belakang seluar kau. Ahhh tertekan. 3) Kena kapur kasut Ini benda yang paling membosankan. Setiap minggu kena buat kalau tak mama aku ataupun guru aku bising. Basuh kasut tiada masalah sebab aku selalu je sumbat dalam mesin basuh di rumah. Tetapi mengapur kasut??? What's the point nanti kotor balik lepas main galah panjang. Aku dulu nak senang bancuh je kapur dalam gayung lepas tu rendamkan kasut. Pantas dan efektif. Tapi kesannya, kasut akan menjadi keras, termasuklah tali kasut. Ya dulu-dulu aku pakai kasut Pallas Jazz bertali sebab kasut lekat-lekat yang ada lampu refleksi tu hanya untuk budak-budak kaya. 4) Kena buat ujian PAFA Kalau hendak lulus UPSR, kena ambil ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA). Aku agak bernasib baik kerana mama aku hantar aku pergi sekolah agama. Kalau tidak mesti aku jadi Jahilliyah macam kawan-kawan aku yang tak hafal niat berpuasa. Tapi sehandal-handal aku pun, satu benda yang aku gagal masa sekolah dahulu adalah menbaca doa qunut. Masa tu nasib baik baca ramai-ramai aku boleh je miming. Itupun aku pandai pilih group yang mostly tahu baca. Qodoit afait sampai sekarang lagi tunggang langgang. Ala zaman moden ni tok mudim dah tak suruh baca doa qunut lagi kan masa akad nikah nanti? Heheh. 5) Kaset Nirvana dirampas Masih segar lagi dalam ingatan aku peristiwa rampasan ini. Dulu-dulu kat sekolah menengah irama Grunge sedang naik. Sebagai remaja yang mudah terpengaruh, aku pun memang mengaku Grunge ah ketika itu walaupun hanya tahu satu band iaitu Nirvana. Oleh kerana tiada wang nak beli kaset, aku pun bertukar-tukar kasetlah dengan kawan aku Acap Ciki. Hendak dijadikan cerita aku mahu tukar kaset From 'The Muddy Banks of The Whiskah' dengan kaset 'In Utero' milik Acap Ciki. Time tu lah Ustaz Mahir dan konco-konconya datang membuat spot check. Aku sempat sorok kaset tu dalam stokin. Lepas tu Ustaz Mahir boleh pulak buat pemeriksaan tubuh raba-raba aku masuk tangan dalam poket. Ini bukan fitnah tapi tangan dia ada tersentuh organ reproduksi bersaiz Komanwel aku (masa tu belum saiz Olimpik lagi). Nasib baik tidak sengaja dan tanpa nafsu. Lepas tu pandai pulak dia angkat kaki seluar aku arghhhhhh habis kaset Nirvana aku. 6) Kena menghadiri perhimpunan Sebelum perhimpunan mesti ada bunyi loceng kan? Haa kat sekolah aku loceng dia bunyi dua kali. Ok aku tidak tahu Guru Besar mana yang mencipta undang-undang bodoh ini; apabila loceng yang pertama berbunyi, semua orang mesti berhenti bergerak. Terpaku la kau seketika macam patung Audrey di pasaraya. Selepas loceng kedua berbunyi barulah boleh bergerak. Tak kiralah kau sedang berjalan ke, makan ke memang tak dibenarkan bergerak langsung. Kalau tengah berak mesti susah nak maintain pengeluaran tahi tanpa memotongnya dengan punggung sebelum loceng berbunyi. 7) Kena join pengakap Di sekolah rendah, semua budak lelaki kena sertai pengakap. Macho tu join pengakap sebelah lengan kanan ada wisel sebelah kiri ada tali serbaguna. Menyertai pengakap memberi anda imej mental yang menunjukkan anda ini boleh berdikari, pandai memimpin, dan berkebolehan menyanyi. Yelah setiap kali perjumpaan mesti nak menyanyi lagu Kodok Ngorek Kodok Ngorek Pinggir Pinggir Kali takpun Kami Ahli Pengakap Muda Buat Sehabis Baik. Lepas tu belajar simpulan 'kanan tindih kiri. kiri tindih kanan'. Ada jugalah ujian-ujian yang depa suruh ambil macam ujian naik basikal sambil lepas tangan ataupun ujian meniup rekorder lepas tu boleh dapat lencana pencapaian. Padahal semua lencana tu semua boleh beli sendiri dekat Ali Store (kedai tekstil popular di Kajang). Hakikat sebenarnya aku hanya menyertai pengakap kerana pengaruh rakan sebaya, di mana hati aku sebenarnya tertarik dengan Bulan Sabit Merah. 8) Kena periksa gigi Dulu masa aku darjah satu, aku ada dua batang gigi susu yang dah reput. Dia sudah bergoyang-goyang boleh tolak dengan lidah. Menggeletar mulut aku ketika doktor gigi memeriksa mulut. Dahla aku tak tahu istilah gosok gigi semasa kecil. Mesti bau dia macam celah lemak Kevin Yue Biggest Loser Asia. Lepas tu dia selamba je tak bagi amaran ambil perengkoh paip dia tu menarik gigi aku. Terus aku fobia tak pernah langsung seumur hidup aku pergi periksa gigi di klinik gigi sehingga baru-baru ini aku kembali mengalami fobia setelahdinoda secara seksual oleh doktor gigi ghairah. 9) Kena ambil periksa Kat kelas aku ada seorang budak perempuan bernama Nadiah Suhaida. Aku panggil dia Meggi sebab rambut dia kerinting. Walaupun dia berambut kerinting, dia merupakan pelajar yang paling pandai di kelas aku. Tiap-tiap tahun dapat nombor satu sehingga mama aku pun kenal dia. Gila tekanan sebelum periksa mama aku mesti paksa aku belajar sambil beri nasihat "Ijai kenalah rajin buat latihan kalau tak macamana nak mengatasi Nadiah Suhaida". Lepas tu nak suruh aku belajar ketika periksa arwah aku pasang kunci mangga kat bilik komputer. Gila nak lari rumah aku ketika musim peperiksaan. 10) Tandas bertaraf iblyss Budak-budak sekolah rendah memang tak reti nak pam tandas. Pegila tandas tingkat mana pun, mesti ada pelbagai jenis tahi yang terdampar seperti tahi lepat pulut, tahi pengebom berani mati mahupun tahi berlingkar. Cara yang terbaik untuk mengelak daripada berjumpa tahi-tahi ini adalah dengan pergi berak di tandas guru. Tapi berhati-hati agar tidak terserempak dengan guru besar yang sedang ringan-ringan dengan guru pelatih. Hah. Bagaimana pembaca-pembaca yang masih bersekolah? Ada sedikit tekanan tak bila membaca pengalaman di atas? Tapi janganlah ponteng sekolah ya adik-adik, nanti dah habis sekolah giliran adik-adik pulak untuk menakutkan adik-adik lain di generasi yang akan datang. Jika anda ada pengalaman tidak manis di zaman sekolah, ayuh kongsikan bersama. |